Thursday, August 16, 2012

Diskriminasi; Aku. HA?



Assalamualaikum ... greetings, earthlings! 


Ramadhan mula nak melabuhkan tirainya, cube cek diri kita sat, "Camne aku tarbiah diri aku sendiri sepanjang Ramadhan kali ini?" 

Mungkin ni last post kot that I'll be making....before going off untuk beraye kat Johor nanti. Bertolak petang esok rasanya..singgah kl sehari then terus pi direct la gamaknye. 

Main2 ape.... ak balik Pontian ni haa Kawasan jajahan Jawa dan Bugis tu! #eh

Ok enough with the chit chat, now to get on the topic. Now, as I reach 21 (still green, I know), banyak jugak yg aku lalui, dengan Chinese look gini -inherited from my ah kong. Bless u, old man  -  bergaul dengan komuniti yang majoritinye Melayu-Islam, kekadang aku terasa awkward jugak bila berada dalam majlis full dengan mereka ni. 

Now, I'm not making a huge fuss out of it, since dah biasa dah dengan dialog lebih kurang mcm ni, 

"Eh ingatkan awak ni cina" 

"Hi, sir what can I get for you, sir?" ----waiter tu xtau aku leh cakap Melayu dengan fasihnye LOL

dan bnyk kali jugak Uncle2 kedai or brader/amoi promoter cong ceng2 dengan aku kalo jalan sorg2 kat Qb ke pape ke. Nasib baik aku tau a little bit of Hokkien. Boleh la mnyamar sat; lepaskan diri! Hahah

Recent events prompted me to come up with this post, sambil share sikit2 pe yang aku pernah blaja satu ketika dulu...

Semalam, assignment aku satu je...kena pi Tabung Haji, Bayan Lepas cover event donation dari federal government utk kariah masjid & golongan underserved la (single mothers, OKU, warga tua, miskin) sempena Ramadhan. 

*banyak event macam ni dihighlightkan time Ramadhan ni* 

Masa tu aku dah lewat sebenarnya...yela dah tempat dekat je dari umah so boleh la rilek2 bawak kete slow2 pi ke tempat kejadian. heh heh 

Malu bertanya, sesat jalan. Banyak bertanya xtau malu, ye dok? Jadi dah sampai2 aku tanya la sorang pakcik ni (pakai uniform). 

"Assalamualaikum encik. Kat mane ye event Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tu?" 

Tak dijawabnye salam tu =.= padahal makhraj huruf sume betul dah uollss. takpe la sangka baik dia tak dengar (padahal dh cukup adequate pun volume suara aku time tu)...tapi tak pe la dia tnjuk dah tempatnye. 

Maka aku pun rushing la ---masa tu I'm running late! >.< 

Then jumpe lagi sorang ni brader pkai baju F1 Barisan (ni event Barisan hokay), "Assalamualaikum, bang...Sy Adam dari The Sun. Event dh mula ke? Kot mana sy nk masuk ye?" 

Tak dijawab jugak...hu hu sedih nye. Bukan sekali dua kena mcm ni. Banyak sgt dh, smpai kekadang tu malas jugak nk bagi salam. Setakat "good morning" dan sewaktu dengannya lah even though aku berurusan dengan depa nih. 

*Seriously, I felt awkward that day being in there..terasa mcm depa dok usha aku ja* 

Kadang2, if I'm in the mood, aku kenekan jugak diorang ni ckp Manglish, buat2 tak reti cakap melayu btul2. hahaha *oh tak baik ish3* 

Ok serius *ahem*. Sebenarnya kita sebagai Muslim, kalau org bukan Islam bagi salam, boleh aje jawab. Tapi ada caranya. Tu pentingya ilmu...walaupun sedikit tapi boleh aplikasi kalo permaslahatan mcm ni jadi.... 

Contoh kalo ade member kita non-Muslim bagi salam "Assalamualaikum" sebagai tanda mutual respect, takkan la kita xnak jawab? Boleh tersinggung member kita ni...nanti persepsi dia kat org Islam cmne pulak, kan? 

So, boleh jawab sebenarnya. Paling selamat, boleh jawab "Wa'alika", maksudnye 'ke atas kamu'. Before coming out with this post, I've done some simple readings la, nak pastikan sume yang aku tulis ni legit, n kalo ada yang ragu2 boleh rujuk terus kat sources yg dipakai utk post ni (everything is cited, don't worry). 

Yang kat bawah ni petikan dari Halaqah.net

Macam mana pula dengan orang kafir yang beri salam kat kita?

Siapa pernah kena situasi macam ni? Angkat tangan. Apa yang anda buat? 
Menjawab salam? Atau buat bodoh je atau memalingkan muka ke tempat lain?

Satu benda yang anda patut tahu iaitu jangan sesekali memberi salam kepada orang kafir. Haram hukumnya. Larangan memberi salam ini berlaku terhadap Yahudi, Nasrani, dan juga penyembah berhala. Kerana salam merupakan penghormatan kaum muslimin, penghormatan di dunia dan akhirat.

"salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah 'salam'." (Surah Al-Ahzab : 44)

Jadi apabila ada orang kafir yang memberi salam kepada kita maka kita (muslim) wajib menjawabnya. Bagaimana caranya? Mari kita tambah-tambahkan lagi ilmu kita.

Jika orang kafir itu beri salam tidak jelas atau dengan salam yang sengaja diubahnya seperti 'Assamalaikum' maka kita menjawabnya dengan 'Wa`alaikum' (dan atas kalian).

Jika salamnya jelas 'Assalamualaikum', maka kita jawab salam mereka 'Wa`alaikumussalam'.
Aik? Kenapa boleh jawab salam mereka dengan sempurna pulak? Kita ambil balik dalil ini.
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (Surah An-Nisa :86)

Ayat di atas tidak di sebutkan : Apabila orang-orang muslim memberi penghormatan kepada kamu. Tetapi dengan ayat yang umum. Jadi sesiapa sahaja pun yang beri salam maka kita kena jawab.

Kalau lepas ni diberi salam oleh orang kafir maka anda dah tahu cara untuk jawab salam mereka. Jangan diam je atau memalingkan muka. Kecil hati mereka nanti.




Dari Qatadah, dari Anas bin Malik (radiallahua’anh) bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bertanya kepada baginda: “Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab: Jawablah dengan ucapan wa’alaikum”. (Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah)
Para ulama’ bersetuju bahawa cara yang dibolehkan menjawab salam orang bukan Islam hanyalah sekadar menyebut ucapan “wa’alika” atau “wa’alaikum” dan ia hendaklah dikhususkan kepada kafir zimmi sahaja. (Tafsir al-Mazhari, 2/175)


Yang ni pulak dari Dr Maza (Ust. Asri - bekas mufti perlis / lecturer USM, school humanities ) 
"Maka jika keadaan berbeza, di mana jika ada bukan muslim memberikan salam dengan cara yang betul serta tujuan yang betul pula iaitu untuk mengucapkan kesejahteraan kepada kita, maka hadis di atas tiada kaitan lagi. Apakah wajar untuk kita sebagai penganut agama yang membawa kesejahteraan dan rahmah, menolak ucapan baik orang lain dengan cara yang tidak sepatutnya?!!. Sudah pasti tidak wajar demikian."

Jadi itulah aje setakat ni, harap dapat la kita sume dapat satu input baru, insya Allah. 

Tak tau la nanti kat kampung boleh x nk online. Nak dapat satu bar kat henpon pun sakit. 
And finally...


Maaf Zahir Batin. 
Enjoy2 makan kuih raya, ibadah jangan lupa. :) 

Wallahualam 

*Kalo ada pape komen / teguran silalah tinggalkan kat ruang komen ye. Trimas :)* 

2 comments:

  1. Tulis lagi..Tulis apa-apa tajuk yang beri pengajaran. Wokey juga buah fikir yg ini. So teruskan.....maybe hasil pembacaan, renungan atau ape2 saje...emmm

    ReplyDelete